.
Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhammad at-Tamimi, dalam bukunya bertajuk AQIDAH
MUKMIN I telah mentakrifkan erti perjuangan jihad fisabilillah (dalam
waktu aman) adalah sebagaimana berikut:
Perjuangan jihad fisabilillah ialah perjuangan yang bernar-benar
kerana ALLAH dan untuk ALLAH semata-mata. Ianya benar-benar satu jihad
menegakkan agama ALLAH dan hukum-hakam ALLAH samada melibatkan yang Wajib, yang
Sunat, yang Makruh mahupun yang Haram. Mana-mana hukum yang Harus
diperjuangkan agar menjadi ibadah.
(Bagaimana perkara-perkara yang Harus boleh menjadi ibadah kepada kita?.
Seperti makan, minum, bekerja, tidur, safar, dll.
Iaitu ia mesti menepati tentang 5 Syarat berikut - Niat, Perkara,
Perlaksanaan, Natijah dan Amalan Asas tidak boleh ditinggalkan.
Sila rujuk ‘5 Syarat-Syarat Ibadah’ untuk lebih
maklum).
Perjuangan yang dibangunkan itu pula tidak boleh atas dasar hendak
berkuasa dan memerintah, atas dasar hendakkan pangkat dan nama, atas dasar
hendak menegakkan bangsa, atas dasar hendak menghapuskan kezaliman (walaupun
disuruh) dan lain-lain.
Kalau kita berjuang dan berjihad atas salah satu daripada maksud di atas,
perjuangan kita itu sia-sia sahaja. Belum lagi digolong sebagai jihad fisabilillah.
Kalau kita berjuang atas dasar kebangsaan sahaja, Rasulullah SAW ada
mengingatkan kita di dalam sebuah Hadis yang bermaksud, “Tidak ada
fahaman kebangsaan di dalam ajaran Islam”.
Fahaman kebangsaan adalah fahaman yang sempit yang akan mengajak manusia
bergaduh, kerana masing-masing ada bangsa. Perjuangan demikian hanya akan
mencetuskan puak-puak.
Kemudian Rasulullah bersabda lagi, “Bukan daripada golongan kami,
orang yang berjuang kerana kebangsaan”.
Sebenarnya, kalau kita berjuang kerana menegakkan agama, bangsa akan
terbela dengan sendirinya. Tetapi kalau kita berjuang membangunkan bangsa,
agama akan dicuaikan. Hingga kerana itu, bangsa belum tentu dapat dibangunkan,
agama sudah hancur berkecai. Kemungkinan besar fahaman kebangsaan dalam
perjuangan itu akan mengambil-alih fahaman berjihad kerana agama.
Begitu jugalah dengan perjuangan menegakkan agama melalui konsep
kapitalisme, sosialisme, sistem demokrasi terbuka@berpilihanraya dan
sebagainya. Semuanya merupakan perjuangan yang tidak tepat untuk dinilai
sebagai fisabilillah.
Inilah yang perlu kita awasi. Walaupun dalam berjuang itu, macam api
keluarnya ayat-ayat Al Quran dan Hadis, tetapi kerana perjuangan tidak tepat,
orang yang berjuang begini bolehlah kita katakan sebagai telah memperalatkan Al
Quran dan Hadis untuk mencapai matlamatnya. Dan bagi kita pula, tidak
seharusnya terpengaruh dengan perjuangan sedemikian. Ia bukan digolongkan
sebagai jihad fisabilillah!.
Jihad fisabilillah yang sebenarnya adalah jihad yang setiap inci
perjuangan tepat dengan kehendak ALLAH, yakni kehendak Al Quran dan Sunnah.
AL Quran dan Sunnah itu mesti dilaksanakan pada semua peringkat. Bukan pada
negara sahaja tetapi juga di dalam diri sendiri, di dalam rumahtangga, di dalam
masyarakat, di dalam pendidikan, di dalam ekonomi, di dalam politik, dan
seterusnyalah hingga kepada persoalan alam sejagat.
Kemudian perlaksanaannya juga mesti betul hingga syariat lahir dan batin
dijaga betul-betul. Kalau semuanya tepat mengikut kehendak Al Quran dan Sunnah,
itulah yang dinamakan jihad fisabilillah, dan sekiranya orang yang
berjuang itu mati dibunuh atau terbunuh, insya-Allah nilainya adalah sebagai
syuhada ALLAH. Baharulah jisimnya dikekalkan oleh ALLAH SWT.
Malangnya, ada di kalangan pejuang-pejuang Islam pada akhir zaman ini,
semacam beria-ria benar berjuang hendak menegakkan agama ALLAH dalam negara
tetapi diri sendiri dicuaikan, anak isteri masih mendedah aurat, dia terlibat
dengan maksiat dan mungkar. Pejuang-pejuang begini telah mempersempitkan
persoalan agama kepada aspek negara sahaja.
Sedangkan Islam itu bukan untuk negara sahaja tetapi untuk semua aspek dan
semua bidang. Dan semua bidang itu mesti diperjuangkan samada mengenai aqidah,
ibadah, perjuangan dan jihad, ekonomi, pendidikan, rumah tangga, politik dan
seterusnya hingga kepada persoalan negara dan hubungan alam sejagat.
Kemudian yang diperjuangkan itu pula mestilah bermula daripada alif, ba,
ta (dari peringkat rendah, yakni bina iman dahulu), bukan terus melompat
hingga ke hujung.
Demikianlah kata-kata Ustaz Ashaari Muhammad, yang saya kira amat jelas dan
terang sekali akan maksud ‘Jihad Fisabilillah’. Tidak ramai ulama yang
boleh memperkatakan hal demikian, lebih-lebih lagi sekarang ini ramai yang
sudah tidak berkecuali. Sudah berpihak kepada parti-parti politik tertentu.
Samada terikut-ikut dengan kumpulan ramai, iman tidak teguh atau tidak ada
ilmu/minda yang relevan dengan zaman muktahir ini.
Itu baharu kita memperkatakan akan pengertian jihad fisabilillah.
Belum lagi kita membicarakan tentang tujuan perjuangan itu sendiri!.
Sebab orang zaman sekarang sudah tidak faham lagi akan maksud mereka
berjuang. Mereka cenderung mengikut akal-akalan dan nafsu mereka semata.
Sebab apabila iman sudah tidak ada/tipis, nafsu sudah menguasai hati, akal
sudah tidak berfungsi untuk berfikir dengan sempurna. Maka berlakulah
kemungkaran kerana, “Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada
kejahatan”.



0 komentar:
Posting Komentar